Webinar Sesi Taklimat Pengumpulan Data NADI Bil. 1/2025
15 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Webinar Sesi Taklimat Pengumpulan Data NADI Bil. 1/2025 menggunakan platform Google Meet.
Taklimat ini telah disertai oleh Pengurus/Penolong Pengurus NADI seluruh Malaysia. Dalam taklimat ini, Pn. Nor Aqilah Abd Manaf telah menerangkan mengenai pengumpulan maklumat sekolah-sekolah di sekitar NADI dalam lingkungan 5km radius, kategori penempatan NADI, maklumat lokasi NADI dan pelaporan program bersama Komuniti Madani melalui NADI e-system. Selain itu, taklimat ini juga menjelaskan mengenai garid panduan warna penggunaan tulisan NADI, checklist platform yang setiap NADI perlu ada serta garis panduan gambar profil dan nama NADI di platform media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: